Aliran trafik perlahan, pemandu perlu patuhi Smart Lane

Trafik perlahan arah Selatan dari Permatang Pauh ke Perai. Pandu berhati-hati.
Trafik perlahan arah Selatan dari Permatang Pauh ke Perai. Pandu berhati-hati.
A
A
A

SHAH ALAM - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama mula perlahan setakat jam 10.30 pagi susulan warga kota yang mula kembali ke bandar kerana orang ramai dijangka akan bekerja pada Isnin.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi Aplikasi X, PLUS Trafik melaporkan, trafik perlahan arah Selatan dari Sungai Petani ke Bertam manakala arah Utara dari Machap ke Ayer Hitam.

Pemandu dari arah Selatan iaitu Tapah menuju ke Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah turut diingatkan untuk memandu dengan lebih berhati-hati susulan trafik perlahan.

Pada masa sama, trafik perlahan arah Selatan dari Gopeng ke Tapah dan dari Ipoh Utara menuju ke Ipoh Selatan.

Trafik perlahan arah Utara dari Kulai ke Sedenak.
Trafik perlahan arah Utara dari Kulai ke Sedenak.

Trafik turut perlahan arah Utara dari Kulai ke Sedenak dan arah Selatan dari Jawi ke Bandar Baharu.

Sementara itu, sejak jam 8.30 pagi, trafik sudah perlahan arah Selatan dari R&R Sungai Perak ke Terowong Menora.

Aliran trafik turut perlahan arah Selatan dari Permatang Pauh ke Perai setakat jam 9.40 pagi Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Trafik perlahan arah Utara dari Machap ke Ayer Hitam.
Trafik perlahan arah Utara dari Machap ke Ayer Hitam.

Selain itu, Plus Trafik turut memaklumkan beberapa Smart Lane diaktifkan untuk mengelakkan aliran trafik lebih sesak.

Antara laluan kecemasan yang diaktifkan adalah di Pasir Gudang, Senai Utara, Ayer Keroh, Nilai, Rawang, Slim River, Sungkai dan Tapah.

Pemandu diminta untuk mematuhi arahan pengawal atau papan tanda trafik terutama di lokasi tamat lorong Smart Lane bagi mengelakkan daripada diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!