Seorang maut, tujuh cedera insiden kereta kabel di Turkiye

Operasi menyelamat dan membantu mangsa yang cedera selepas tiang yang menyokong kereta kabel tumbang di Antalya, Turkiye. Foto AFP
Operasi menyelamat dan membantu mangsa yang cedera selepas tiang yang menyokong kereta kabel tumbang di Antalya, Turkiye. Foto AFP
A
A
A

ISTANBUL - Sekurang-kurangnya seorang terbunuh, tujuh cedera dan hampir 200 yang lain terkandas dalam kabin di udara apabila tiang yang menyokong kereta kabel tumbang di Antalya, Turkiye pada Jumaat.

Imej di media Turkiye menunjukkan kereta kabel yang rosak 'tergantung' di sisi gunung berbatu, manakala kakitangan perubatan merawat mangsa yang cedera.

Pejabat gabenor dan penyiar tempatan memaklumkan, mangsa yang cedera dipindahkan ke hospital berdekatan untuk rawatan, manakala 24 kereta kabel lain masih 'tergantung'.

Difahamkan, kereta kabel itu membawa pelancong dari pantai Konyaalti ke restoran dan platform melihat di puncak puncak Tunektepe setinggi 618 meter.

Berdasarkan maklumat di laman web, kereta kabel itu mempunyai 36 kabin dengan setiap satu boleh memuatkan enam orang.

Secara purata, ia memerlukan sembilan minit untuk ke puncak Tunektepe yang dilengkapi kemudahan bagi menikmati pemandangan indah bandar Antalya.

Datuk Bandar Antalya, Muhittin Böcek berkata, usaha sedang dijalankan untuk menyelamatkan 184 orang yang terperangkap dalam kereta kabel itu.

"Sistem tali sedang digunakan untuk operasi menyelamat dan helikopter dilengkapi sistem penglihatan malam sedang menuju ke kawasan itu.

Artikel Berkaitan:

"Pada masa ini terdapat 184 rakyat kita di dalam 25 kabin. Insya-ALLAH, kita akan selamat menyelamatkan mereka," katanya. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!