Maut bergesel dengan lori simen
BAYAN LEPAS - Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan lori simen di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini petang tadi.
Mangsa lelaki berusia 79 tahun disahkan maut dalam kejadian jam 1.37 petang itu selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden AA Anbalagan berkata, ketika kejadian mangsa dan lori simen berkenaan dalam perjalanan dari arah yang sama.
"Kedua-dua kenderaan dari Batu Maung menghala Georgetown sebelum kenderaan mangsa bergesel dengan tayar belakang lori terbabit.
"Mangsa yang dipercayai gagal mengawal motosikal kemudian terbabas dan tercampak atas jalan raya serta disahkan meninggal dunia," katanya.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat manakala pemandu lori simen berusia 42 tahun tidak mengalami seberang kecederaan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!