Aliran trafik masih perlahan di beberapa lebuh raya utama

Aliran trafik bergerak perlahan berikutan orang ramai mula pulang ke kediaman masing-masing selepas cuti Hari Raya Aidilfitri, ketika tinjauan di Lebuhraya KL-Karak hari ini. Foto Bernama
Aliran trafik bergerak perlahan berikutan orang ramai mula pulang ke kediaman masing-masing selepas cuti Hari Raya Aidilfitri, ketika tinjauan di Lebuhraya KL-Karak hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan masih bergerak perlahan pada 5 petang ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, jumlah kenderaan yang banyak di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Dua (LPT2) menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan.

Beliau berkata, di LPT2 trafik bergerak perlahan dari Bukit Besi ke Paka dan di kawasan susur keluar Plaza Tol Kuala Terengganu.

"Lebuhraya PLUS dilaporkan sesak ke utara di Kulai menghala Sedenak, Bukit Gambir ke Layby Bemban, Pedas Linggi menghala Port Dickson dan Bandar Ainsdale ke Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Akaun rasmi X PLUS Trafik pula memaklumkan, terdapat kemalangan yang dilaporkan berlaku di Kilometer 135.5 arah selatan dari Pagoh ke Yong Peng (U), menyebabkan aliran trafik bergerak perlahan.

PLUS Trafik juga memaklumkan terdapat kesesakan selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju Pusat Bandar. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!