Hilang nikmat, kegembiraan sambut Adilfitri angkara dadah

Lan (kiri) menceritakan pengalamannya terjebak dengan dadah ketika ditemui di Rumah Pengasih baru-baru ini.
Lan (kiri) menceritakan pengalamannya terjebak dengan dadah ketika ditemui di Rumah Pengasih baru-baru ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mula berjinak dengan dadah sejak berusia 14 tahun hingga ketagihan najis itu selama 11 tahun, membuatkan seorang lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai Lan, hilang nikmat menyambut Aidilfitri.

Bercerita lanjut, bekas penghuni Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) itu berkata, dia tidak merasai kegembiraan beraya seperti remaja sebayanya.

“Raya seperti tiada erti pada saya, cuma dadah akan lebih banyak dan pelbagai jenis akan dijual waktu itu.

“Otak saya cuma fikir banyak ‘barang’ (dadah) baharu akan masuk sebab kawan penagih balik kampung dari Johor, Selangor dan sebagainya.

“Keluarga juga akan beri duit banyak sedikit sebab hari raya. Dengan duit itu, saya cuma fikir nak guna untuk beli dadah baharu,” katanya kepada Sinar Ahad.

Lan menceritakan pengalaman hidupnya terjebak dengan dadah ketika ditemui di Rumah Pengasih baru-baru ini.
Lan menceritakan pengalaman hidupnya terjebak dengan dadah ketika ditemui di Rumah Pengasih baru-baru ini.

Lan yang berasal dari Pahang mengakui, pernah menghisap dadah di rumah bersama rakan-rakannya ketika bapanya sedang menjalani pembedahan jantung.

Anak keenam daripada tujuh beradik itu berkata, ketika mereka sedang melepaskan gian, rumahnya diserbu polis.

Artikel Berkaitan:

“Saya bawa rakan-rakan yang juga tokan hisap dadah di rumah sebab nak barang percuma sedangkan enam adik-beradik saya yang lain semua berhimpun di Institut Jantung Negara (IJN), tunggu ayah saya sebab bila-bila masa sahaja (ayah boleh meninggal).

“Masa serbuan, saya dikejar polis tetapi kami berjaya terlepas keluar dan saya menyorok di rumah kosong.

“Mula dari situ, saya fikir saya kena keluar dari rumah. Betapa susahnya nak berhenti dari dadah, sampai ada pertimbangan seperti itu sedangkan saya boleh pilih untuk tak ambil barang kotor itu,” katanya.

Kawasan penempatan baharu Rumah Pengasih di Bentong, Pahang
Kawasan penempatan baharu Rumah Pengasih di Bentong, Pahang

Dia yang kini berusia 37 tahun berkata, selepas kejadian itu bapanya bersama ahli keluarga lain memujuk supaya masuk ke Rumah Pengasih dan dia akur.

“Alhamdulillah setahun saya melalui program modul Pengasih. Bulan kelima baru sampai titik, di mana saya mahu melakukan perubahan.

“Apa yang menyebabkan saya berubah adalah role-modeling, di mana melalui perkongsian itu saya lihat sendiri orang yang terlibat dalam dadah boleh berjaya,” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!