Pelajar praktikal jumpa planet baharu
WASHINGTON - Seorang pelajar berusia 17 tahun di Amerika Syarikat tidak menyangka dapat mencipta sejarah pada hari ketiga dia menjalani latihan amali bersama Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA).
Pelajar praktikal tersebut, Wolf Cukier dilaporkan berjaya membantu NASA menemui planet berukuran sama seperti bumi di zon boleh didiami.
Penemuan itu dibuat ketika Cukier diberi tugas untuk mengkaji variasi kecerahan bintang menerusi Satelit Peninjau Transit Exoplanet atau TESS yang kemudiannya dimuat naik ke dalam projek sains Pemburu Planet TESS.
"Saya memantau data binari mengalir tersebut, sebuah sistem membabitkan dua bintang mengelilingi antara satu sama lain.
"Saya kemudiannya mengesan isyarat dari sistem digelar TOI 1338 dan ia adalah sebuah planet," katanya yang menyertai Pusat Penerbangan Angkasa Lepas Goddard di Greenbelt, Maryland sebagai pelatih amali selepas menamatkan tahun junior di Sekolah Tinggi Scarsdale di New York.
Cukier turut menjadi penulis bersama laporan itu di samping beberapa saintis dari Universiti San Diego, Universiti Chicago dan institusi lain yang dihantar kepada jurnal saintifik.
Menurut NASA, TOI 1338 b berukuran 6.9 kali lebih besar dari bumi dan jaraknya kira-kira 1,300 tahun cahaya.
Cukier juga merancang melanjutkan pengajian di kolej dan tiga pilihan utamanya adalah Princeton, MIT dan Stanford. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!