'Kami serang Israel kerana abai amaran PBB' - IRGC

Objek dipercayai dron dari Iran menuju ke Baitulmaqdis, Israel. Foto Reuters
Objek dipercayai dron dari Iran menuju ke Baitulmaqdis, Israel. Foto Reuters
A
A
A

TEHRAN - Pengawal Revolusi Islam (IRGC) mengeluarkan satu kenyataan bahawa serangan dron mereka atas alasan yang kukuh.

Serangan dilakukan ke atas Israel atas sebab mereka mengabaikan arahan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya menghentikan pencerobohan dan jenayah rejim Zionis dalam serangan ke atas konsulat Iran di Damsyik.

“Selepas lebih 10 hari berdiam diri dan lalai oleh pertubuhan antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan PBB.

“Ini juga merupakan tindakan atas pelanggaran Israel ke bawah Perkara 7 Piagam PBB,” tambah kenyataan itu.

Justeru ini merupakan tindak balas IRGC kepada jenayah dan dalam menjamin hak Iran dan untuk menghukum penceroboh.

Dilaporkan mereka turut menggunakan teknologi terkini dalam serangan menggunakan dron kali ini.

“Kami gunakan kecerdasan strategik, peluru berpandu, dan keupayaan dron terkini.

“Dan kami berjaya menyasarkan sasaran ketenteraan penting tentera pengganas Zionis di wilayah Palestin diduduki dan memusnahkan mereka,” tambahnya lagi.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!