Tembakan di KLIA: Beri ruang polis siasat, jangan timbulkan spekulasi

Hussein
Hussein
A
A
A

SEPANG - Polis mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan berkaitan insiden tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kes terbabit bersifat peribadi dan tidak melibatkan mana-mana kepentingan awam.

"Kes ini tidak melibatkan sebarang elemen keganasan dan saya tegaskan suasana di KLIA ketika ini dalam keadaan selamat dan terkawal.

"Jangan keluarkan sebarang ulasan atau komen yang boleh menjejaskan ketenteraman awam, beri ruang kepada polis untuk jalankan siasatan," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Pada Ahad, seorang lelaki bertindak nekad melepaskan tembakan kepada isterinya sebelum terkena individu lain dalam kejadian dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi.

Mangsa yang merupakan pengawal peribadi itu dipercayai mengalami kecederaan di bahagian perut dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!