Tentera AS tembak jatuh dron Iran
TENTERA Amerika Syarikat (AS) yang beroperasi dari beberapa pangkalan yang tidak diketahui di Asia Barat, dilaporkan menembak jatuh dron Iran di daerah Sweida dan Deraa, berhampiran sempadan Jordan.
Perkara berkenaan disahkan sumber keselamatan kepada Reuters.
Iran melancarkan ratusan serangan dron dan peluru berpandu ke Israel lewat Sabtu.
Ini merupakan serangan terus pertama ke wilayah Israel dan mengancam ketegangan Asia Barat yang semakin memuncak.
Kumpulan wartawan di Israel melaporkan siren amaran dibunyikan.
Sebahagian besar dron Iran berjaya dipintas sebelum mendarat ke sasaran serangan.
Bagaimanapun tiada korban jiwa dilaporkan setakat ini.
Tentera Israel dalam pada itu memaklumkan lebih 100 dron dilancarkan dari Iran. - Awani
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!