Iran lancar lebih 200 dron ke Israel
BAITULMAQDIS - Iran melancarkan lebih 200 dron, peluru berpandu balistik ke Israel dan serangan itu dikatakan masih 'berterusan'.
"Iran telah melancarkan lebih 200 dron, peluru berpandu balistik," kata Laksamana Muda Israel, Daniel Hagari dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, seorang remaja perempuan mengalami kecederaan dalam serangan itu.
Dalam satu kenyataan berasingan, tentera Israel berkata bahawa puluhan pelancaran peluru berpandu permukaan telah dikenal pasti menghampiri wilayah Israel, yang majoritinya telah dipintas sebelum mereka menuju ke wilayah itu.
Manakala puluhan jet pejuang Israel kini beroperasi untuk memintas semua ancaman udara yang memasuki ruang udara Israel. - AFP
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!