Israel minta PBB adakan mesyuarat tergempar kutuk serangan Iran

Erdan juga menggesa PBB agar segera bertindak untuk menetapkan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) sebagai organisasi pengganas. Foto AP
Erdan juga menggesa PBB agar segera bertindak untuk menetapkan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) sebagai organisasi pengganas. Foto AP
A
A
A

NEW YORK - Duta Besar Israel ke PBB, Gilad Erdan menulis surat kepada rakan sejawatannya dari Malta, yang kini mengetuai Majlis Keselamatan PBB, meminta badan tertinggi itu mengadakan mesyuarat Majlis Keselamatan dengan segera untuk mengutuk serangan Iran.

Erdan juga menggesa PBB agar segera bertindak untuk menetapkan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) yang merupakan cabang utama pelbagai perkhidmatan Angkatan Tentera Iran, sebagai organisasi pengganas.

Erdan turut menyatakan kemarahan terhadap serangan itu yang disifatkan menjejaskan resolusi Majlis Keselamatan, memupuk ketidakstabilan, dan menimbulkan ancaman besar kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Iran melancarkan melancarkan berpuluh-puluh serangan dron terhadap Israel pada Sabtu.

Dua sumber keselamatan di Iraq berkata, berpuluh-puluh dron telah dikesan terbang dari Iran ke arah Israel di atas ruang udara Iraq.

Iran telah berikrar membalas dendam atas serangan Israel ke atas konsulatnya di Damsyik pada 1 April yang membunuh tujuh pegawai Pengawal Revolusi termasuk dua komander kanan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!