Negara Arab digesa tidak jadi ‘barua’ Zionis - Ahmad Fadhli
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menggesa agar mana-mana negara Arab tidak bersekongkol dengan rejim Zionis Israel kali ini susulan Iran melancarkan serangan terhadap negara berkenaan.
Menurutnya, diharapkan roket yang dilancarkan itu akan menghancurkan Israel.
“Iran secara rasmi melancarkan roket ke atas Israel, semoga ALLAH hancurkan negara haram ini.
“Jangan ada negara Arab yang menjadi ‘barua’ bersama Zionis kali ini!” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Ahad.
Sebelum ini, media melaporkan Iran melancarkan berpuluh-puluh serangan dron terhadap Israel pada Sabtu.
Bagaimanapun serangan dron itu mungkin mengambil masa beberapa jam sebelum mencapai sasarannya.
Dua sumber keselamatan di Iraq berkata, berpuluh-puluh dron telah dikesan terbang dari Iran ke arah Israel di atas ruang udara Iraq.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!