Aidilfitri: Aliran trafik perlahan, smartlane dibuka kurangkan kesesakan

Aliran trafik di lebuh raya utama menuju ke pusat bandar dilaporkan bergerak perlahan pagi Ahad. Foto hiasan (Gambar Bernama).
Aliran trafik di lebuh raya utama menuju ke pusat bandar dilaporkan bergerak perlahan pagi Ahad. Foto hiasan (Gambar Bernama).
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di lebuh raya utama menuju ke pusat bandar dilaporkan bergerak perlahan pagi ini susulan perantau pulang dari kampung halaman selepas menyambut Aidilfitri.

Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat jam 12 tengah hari, aliran trafik tinggi menuju arah Selatan dari Sungai Dua ke Juru dan Bukit Tagar menghala Sungai Buaya.

Jurucakap itu berkata, beberapa laluan smartlane sudah diaktifkan bagi memudahkan perjalanan pulang perantau.

"Laluan terbabit antaranya di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), KM260.0 hingga KM263.1 arah Utara di antara Port Dickson (U) ke Seremban, KM107 hingga KM112 arah Selatan dari Sungai Petani (S) ke Bertam dan KM155.5 hingga KM157.2 arah Selatan dari Bandar Cassia ke Sungai Bakap.

"Selain itu, terdapat juga kemalangan di KM144.4 arah Selatan dari Perai ke Juru yang menyebabkan trafik bergerak perlahan berpunca daripada lorong kanan terhalang,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Jurucakap itu memaklumkan aliran trafik turut dilaporkan perlahan di Lebuhraya Pantai Timur 2 menuju ke Kuala Lumpur sebelum Plaza Tol Kuala Terengganu akibat pertambahan kenderaan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!