Tindakan Iran kerana Israel sudah melampaui batas - Pakar

Iran tegaskan republik itu mempunyai hak untuk mempertahankan diri susulan serangan Israel ke atas bangunan konsulatnya di Damsyik, Syria pada 1 April lalu. Foto Reuters
Iran tegaskan republik itu mempunyai hak untuk mempertahankan diri susulan serangan Israel ke atas bangunan konsulatnya di Damsyik, Syria pada 1 April lalu. Foto Reuters
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan Iran melancarkan serangan dron ke atas wilayah Israel, kerana mereka sudah keterlaluan mencabar kedaulatan mereka.

Pakar Undang-Undang Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Salawati Mat Basir berpandangan, ia dapat dilihat apabila Iran tidak melatah susulan beberapa siri serangan terhadap pemimpin tertinggi mereka sebelum ini.

Tetapi tindakan rejim Israel yang menyerang konsulat mereka, selain tindakan kejam melampaui batas di Palestin adalah sebab mengapa Iran mengambil tindakan sedemikian.

“Tetapi saya percaya akan ada rundingan belakang tabir, Iran tidak akan buat keputusan melulu dan mereka sudah bersabar sekian lama.

“Beberapa jeneral Iran dibunuh di Damsyik, Iran tidak membuat sebarang balas dendam.

“Kerana komander sudah dibunuh ia adalah sesuatu yang salah di sisi undang-undang antarabangsa dilaksanakan Israel kerana dianggap 'extra-territory juridical killing',” tambahnya lagi.

Sebelum ini, wakil tetap Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sifatkan serangannya ke atas Israel sebagai mengikut lunas undang-undang.

Memetik Artikel 51 Piagam PBB, Iran tegaskan republik itu mempunyai hak untuk mempertahankan diri susulan serangan Israel ke atas bangunan konsulatnya di Damsyik, Syria pada 1 April lalu. - Awani

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!