Tangguh dulu perjalanan ke Iran, negara berdekatan - Fadillah
KUCHING - Kementerian Luar perlu berada dalam keadaan bersedia memantau keselamatan rakyat Malaysia di negara berisiko susulan serangan dron dan peluru berpandu oleh Iran ke atas Israel pada Sabtu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Wisma Putra perlu sentiasa memerhatikan perkembangan insiden ini dari masa ke masa dan sekiranya perlu ambil tindakan untuk bawa keluar rakyat kita daripada mana-mana tempat mempunyai risiko yang boleh berlaku serangan.
"Untuk rakyat Malaysia, saya nasihat elakkan dulu mana-mana tempat berisiko tinggi, sama ada Iran atau negara berdekatan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman di sini pada Ahad.
Stesen telelevisyen Kerajaan Iran Anadolu pada Sabtu melaporkan Kor Pengawal Revolusi Iran telah memulakan operasi serangan dron, menyasarkan lokasi di dalam wilayah yang diduduki Israel. - Bernama
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
@sinarharianonline Tangguh dulu perjalanan ke Iran, negara berdekatan - Fadillah #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Dunia #Global #TimurTengah #Iran #Israel #FadillahYusof
Du'a - Sami Yusuf
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!