Selangor, Kuala Lumpur antara negeri dijangka dilanda hujan lebat

Kawasan dijangka dilanda hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga jam 7 malam pada Ahad
Kawasan dijangka dilanda hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga jam 7 malam pada Ahad
A
A
A

SHAH ALAM - Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga jam 7 malam pada Ahad.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) cuaca yang sama dijangka melanda Pulau Pinang, Melaka dan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Johor.

Menurut agensi itu amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: