Kolaborasi Digi, Google dan Kumpulan Telenor lancar ciri baharu android


Ann Lim (kiri) dan Lih Ren optimis kerjasama antara kedua-duanya akan beri manfaat kepada pelanggan.
Ann Lim (kiri) dan Lih Ren optimis kerjasama antara kedua-duanya akan beri manfaat kepada pelanggan.
A
A
A
DIGI Telecommunications Sdn Bhd (Digi), antara penyedia perkhidmatan telekomunikasi pertama di dunia melancarkan ciri baharu android bagi memudahkan pelanggan menguruskan penggunaan data mudah alih mereka.

Ciri pengurusan data mudah alih terbaharu ini adalah hasil kolaborasi antara Google dan Kumpulan Telenor, dengan kerjasama Digi, boleh didapati menerusi fungsi Pelan Data Mudah Alih baharu di android.

Ketua iTelco Digi, How Lih Ren berkata, pelanggan Digi yang mempunyai sistem operasi android 4.0 atau terkini boleh menguruskan pelan data mudah alih dan menerima notifikasi terkini mengenai status pelan data masing-masing.

Menurutnya, mereka juga boleh meneliti serta membeli tawaran data yang relevan dengan mereka, secara terus daripada tetapan android tanpa perlu memuat turun sebarang aplikasi.

"Digi menjadi salah satu daripada dua syarikat telekomunikasi pertama di dunia yang melancarkan ciri pengurusan data mudah alih ini di pasaran masing-masing. Digi yakin pelanggan kami yang terdiri daripada pengguna peranti android akan dapat merasai pengalaman yang lebih baik dalam menguruskan penggunaan data mudah alih mereka," katanya dalam satu kenyataan.
Artikel Berkaitan:


Lih Ren berkata, Digi sedang menjalankan fasa percubaan bersama sebahagian daripada pelanggan yang merupakan pengguna android dan akan melancarkan ciri baharu ini kepada semua pelanggan secara berperingkat.

"Dengan kebolehan mengemaskini pelan data dan membuat pembelian terus menerusi antara muka pengguna android, pelanggan bakal menikmati pengalaman penggunaan internet yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Industri Google Malaysia Bahagian Teknologi dan Telekomunikasi, Su Ann Lim berkata, dengan adanya ciri Pelan Data Mudah Alih dalam android yang dibawakan kepada rakyat Malaysia oleh Digi dan Google, pengguna kini dapat menguruskan data mudah alih dan pelan harga mereka secara digital dengan lebih mudah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!