Kerajaan tidak pinggir kebajikan kaum India - Anwar

Anwar memotong kek pada majlis Sambutan Kelahiran Dr Ambedkar Ke-133 dan Konvensyen Antarabangsa Ambedkar yang diadakan pada Ahad. Foto Sinar Harian - ROSLI TALIB
Anwar memotong kek pada majlis Sambutan Kelahiran Dr Ambedkar Ke-133 dan Konvensyen Antarabangsa Ambedkar yang diadakan pada Ahad. Foto Sinar Harian - ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Perpaduan tidak pernah meminggirkan kebajikan kaum India, malah pelbagai program telah dirangka bagi membantu memajukan komuniti itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, setiap program yang telah atau sedang dilaksanakan kerajaan bersifat universal dan meliputi kepentingan seluruh komuniti dalam negara bersesuaian dengan hasrat di sebalik konsep Malaysia Madani.

Menjadikan kejayaan menoktahkan kemiskinan tegar di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang sebagai contoh, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, isu yang sekian lama membelenggu negara itu diselesaikan kerajaan tanpa meminggirkan mana-mana kaum, termasuk komuniti India.

" ... saya tak peduli sama ada dia tauke Melayu, Cina atau India berjaya atau tidak, saya peduli kepada majoriti yang berada di bawah.

"Sebab itu saya kata yang pertama noktahkan kemiskinan dan kebetulan dari segi jumlah (ialah) orang Melayu, tapi dari segi nisbah di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan yang paling banyak mendapat manfaat ialah masyarakat India, saya tidak lihat dari segi kaum kalau mereka miskin tegar, mereka harus dibantu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Antarabangsa ke-5 dan Sambutan Hari Kelahiran Dr Ambedkar ke-133 tahun dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Pusat Konvensyen Ideal di sini pada Ahad.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!