Pemburuan kejuaraan Juventus berakhir

Pemain Juventus, Dusan Vlahovic (tengah) bersaing dengan pemain Torino, Karol Linetty semasa aksi liga di Stadium Grande Torino, Turin.
Pemain Juventus, Dusan Vlahovic (tengah) bersaing dengan pemain Torino, Karol Linetty semasa aksi liga di Stadium Grande Torino, Turin.
A
A
A

HARAPAN Juventus untuk memenangi kejuaraan Serie A Itali berakhir selepas seri 0-0 menentang musuh tetangga Torino dalam derbi setempat di Stadium Grande Torino pada Ahad.

Keputusan itu menyaksikan Juventus berada kedudukan ketiga dengan 63 mata selepas 32 perlawanan, yang berbaki enam perlawanan, 19 mata di belakang pendahulu Inter Milan yang menerima kunjungan Cagliari pada lewat Ahad.

Sebagai rekod, The Old Lady merupakan juara Itali 36 kali, memenangi kejuaraan sembilan kali berturut-turut dari 2012 hingga 2020, namun tidak pernah menjulang trofi tersebut sejak itu.

“Satu perkara kami terima keputusan ini kerana selalu wujud kekecewaan apabila tidak berjaya menjaringkan tiga gol.

“Namun jika kami tidak tewas lebih banyak perlawanan sebelum ini, kami akan berada di tempat yang lebih baik.

“Dan realitinya hari ini kami seharus menerima seterusnya perlu memperbaiki keadaan,” kata pengendali Juventus, Massimiliano Allegri.

Keputusan seri kesembilan musim ini juga menyaksikan Juventus kekal tanpa kemenangan sejak 22 Januari lalu, selepas menewaskan Lecce 3-0, apabila mengharungi lima perlawanan di tempat lawan berturut-turut tanpa kemenangan dalam satu musim domestik buat kali pertama sejak 2010.

Torino yang berada di tangga kesembilan, dengan 45 mata, kini menjadi pasukan yang paling banyak mencatat rekod bersih Serie A di tempat sendiri (11 perlawanan) musim ini.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28