Wanita terharu didekati orang utan ketika susu anak
VIENNA - Seorang wanita terharu apabila seekor orang utan secara tiba-tiba mendekatinya dengan penuh kasih sayang ketika dia sedang menyusukan anaknya sewaktu mengunjungi Zoo Schoenbrunn di sini.
Menurut Gemma, orang utan itu seolah-olah boleh memahami makna kasih sayang ketika melihat dia menyusukan anaknya di sebalik dinding kaca kandang haiwan tersebut.
"Saya mahu melihat lebih dekat orang utan dan pergi ke dinding kaca itu. Kemudian bayi saya haus dan nak menyusu.
"Saya menyusukan anak di situ tanpa berfikir apa-apa. Namun tiba-tiba terkejut orang utan datang dekat dan lihat anak saya sambil angkat tangannya cuba pegang anak saya.
"Saya berasa sangat tersentuh hati melihat aksinya itu. Orang Utan sangat memahami erti kasih sayang," tulisnya di Facebook.
Kata Gemma lagi, orang utan itu hanya berdiam diri.
"Saya lihat dia, dia pandang saya. Dia seolah-olah mahu melindungi saya," katanya berikutan melihat aksi spontan orang utan itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!