Gigih 'live' setiap hari jual stoking, jersi

Dale membuat live setiap hari untuk mencari rezeki.
Dale membuat live setiap hari untuk mencari rezeki.
A
A
A

SHAH ALAM - Melihatkan kesukarannya berkomunikasi semasa live berniaga di media sosial sering kali membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya berasa sayu.

Namun ia bukanlah penghalang buat Dale Adelric Teri, 31, yang juga pesakit cerebral palsy dan mempunyai masalah pertuturan untuk mencari rezeki.

Mula berniaga secara dalam talian sejak 2018, anak bongsu daripada tiga beradik ini semakin aktif sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menampung perbelanjaan dan keperluan harian.

Dale Adelric Teri
Dale Adelric Teri

“Memang diakui sukar untuk berniaga semasa buat live kerana mereka tidak dapat memahami pertuturan saya. Jadi, mereka berkomunikasi melalui teks dalam chat.

“Sekarang ini saya berniaga barangan seperti stoking dan baju jersi rekaan sendiri. Ada kalanya saya menolong kawan menjual makanan dan pewangi kereta.

“Pendapatan yang diperoleh tidaklah begitu besar, hanya sekitar RM900 sebulan. Tapi ia cukup untuk perbelanjaan dan menampung keperluan hidup saya,” katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

Selipar dan stoking adalah antara barangan yang dijual Dale.
Selipar dan stoking adalah antara barangan yang dijual Dale.

Kebiasaannya Dale menjual di akaun TikTok miliknya iaitu @scarpenegozio dan bersiaran pada waktu pagi, petang dan malam.

Jelasnya, walaupun pergerakan agak terbatas kerana berkerusi roda untuk bergerak, dia melakukan kerja menempah barangan dan membuat pengeposan sendiri, ada kalanya turut dibantu rakan serta ahli keluarga.

Dale bersama ahli keluarga yang banyak membantu dan menyokongnya selama ini.
Dale bersama ahli keluarga yang banyak membantu dan menyokongnya selama ini.

“Sebelum ini saya tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Disebabkan keadaan fizikal sebegini, agak sukar untuk mencari kerja.

“Tapi saya fikir sudah sampai masanya untuk berdikari dan berusaha mencari pendapatan. Saya bersyukur apabila melihat penerimaan orang ramai terhadap barangan yang dijual.

Antara stoking yang dijual Dale.
Antara stoking yang dijual Dale.

“Hasil jualan yang diperoleh itu cukup untuk perbelanjaan sendiri. Kalau lebih, saya suka berkongsi rezeki dengan ahli keluarga dan kawan yang banyak menolong selama ini,” katanya.

Dale turut menitipkan kata semangat kepada golongan OKU sepertinya agar tidak mudah patah semangat dan segan dalam mencari rezeki.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!