Hero tak perlu bersuara, contohi Suniel Shetty

Foto Instagram Suniel Shetty
Foto Instagram Suniel Shetty
A
A
A

PEMINAT filem Bollywood pastinya akan mengenali aktor Shah Rukh Khan, Salman Khan dan Hrithik Roshan sebagai hero pilihan namun adakah anda tahu terdapat seorang pelakon lelaki yang benar-benar menjadi hero dalam dan luar layar perak?

Anda kenal Suniel Shetty? Bagi Merak Jalanan, mungkin dari segi fizikal, Shetty tidaklah sekacak hero Bollywood yang lain.

Beliau sering berlakon dalam filem aksi dan percintaan tragis menyebabkan penonton Malaysia kurang mengenalinya.

Di sebalik susuk tubuh lelaki bertubuh tegap, tinggi dan berkulit gelap ini, tersimpan satu rahsia 28 tahun yang ramai tidak tahu.

Melalui satu pendedahan seorang wanita Nepal yang dikenali sebagai Charimaya Tamang, Suniel rupanya telah menyelamatkan 128 mangsa pemerdagangan seks dan pulang ke rumah tanpa membuat sebarang publisiti mengenainya.

Dalam satu dokumentari Vice India - The Forgotten Ones: Human Trafficking In Nepal, Tamang tampil mendedahkan rahsia itu selepas berasakan ia menjadi tanggungjawabnya untuk memberitahu dunia tentang tangan Shetty ketika menyelamatkan mereka.

Pada 5 Februari 1996, polis Mumbai melakukan serbuan di kawasan ‘merah’ Kamathipura dan menyelamatkan 456 mangsa pemerdagangan seks berusia antara 14 dan 30 tahun.

Daripada 456 wanita yang diselamatkan, 128 adalah dari Nepal yang kebanyakannya tidak mempunyai bukti kewarganegaraan.

Artikel Berkaitan:

Kerajaan Nepal sendiri bimbang untuk mengambil mereka kembali. Pada ketika itulah Shetty mendengar berita itu lalu bertindak mengatur penerbangan dan membayar tiket semua wanita itu.

Ketika disoal media, Shetty lantas memuji polis Mumbai dan ibu mertuanya, Vipula Kadri, pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Save the Children.

“Saya tidak memuji diri sendiri atas kebaikan yang dilakukan, kami juga tidak mahu meletakkan gadis-gadis ini dalam risiko,” ujarnya. Hebat bukan?

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!