Resah nasib Kedah Darul Aman FC

Nasib KDA FC sama ada boleh beraksi dalam saingan Liga Super musim ini masih menjadi tanda tanya. Gambar kecil: Zulkifli Hashim
Nasib KDA FC sama ada boleh beraksi dalam saingan Liga Super musim ini masih menjadi tanda tanya. Gambar kecil: Zulkifli Hashim
A
A
A

PENYOKONG Kedah Darul Aman (KDA) FC mengakui resah menunggu nasib pasukan itu sama ada mampu untuk menyelesaikan tunggakan gaji pemain sekali gus dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.

Penyokong setia KDA FC, Zulkifli Hashim berkata, KDA FC perlu mencari cara untuk memastikan pasukan dari utara terus mewarnai saingan Liga Super apatah lagi tahun in merupakan tahun ke-100 bola sepak negeri itu.

Menurutnya yang dikenali sebagai Puaka Jerai, kegagalan KDA FC sehingga menyebabkan pasukan itu ditendang daripada saingan Liga Super bakal mencemarkan imej bola sepak Kedah.

"Macam yang kita sedia maklum, kes dengan FIFA sudah selesai. Namun, apa yang menjadi persoalan adalah mengenai kes dengan First Instance Body (FIB) yang akan menentukan sama ada Kedah dapat bermain dalam Liga Super.

"Bukan setakat saya, tetapi ramai lagi penyokong rasa resah dengan keadaan ini. Saya mengharapkan sangat perkara ini dapat diselesaikan segera oleh KDA FC.

"Bagi saya, minta sangat-sangat pihak seperti Kerajaan Negeri Kedah atau pihak tertentu dapat bantu sedikit sebanyak. Bukan kita minta dana untuk selama-lamannya. Tetapi, hanya untuk selesaikan tunggakan tersebut," katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.

Sebelum ini, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) tidak menolak kemungkinan hanya 12 pasukan yang akan beraksi pada Liga Super musim ini.

Ia selepas tiada pengganti Kelantan FC apabila pasukan itu tidak mendapat lesen kebangsaan selain KDA FC yang kini masih belum dapat melunaskan tunggakan gaji pemain.

Artikel Berkaitan:

FIB sebelum ini juga telah mengenakan hukuman pemotongan tiga mata saingan Liga Super 2024/25 dan denda RM50,000 terhadap KDA FC selepas gagal membuat penyelesaian penuh tunggakan gaji itu.

Malah, KDA FC juga diberikan tempoh sehingga 20 April ini untuk mengemukakan bukti dokumen kewangan penyelesaian tunggakan bagi mengelakkan lesen kebangsaan ditarik.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!