Lelaki tunggang basikal 700km untuk 'mudik' beraya di kampung

Edik menaiki basikal untuk pulang beraya di kampungnnya terletak di Jogjakarta. Foto Agensi
Edik menaiki basikal untuk pulang beraya di kampungnnya terletak di Jogjakarta. Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA – Seorang lelaki berusia 41 tahun boleh dianggap 'kurang waras' apabila mengayuh basikal untuk balik kampung sejauh hampir 700 kilometer demi menyambut Aidilfitri bersama keluarganya, lapor Kompas.com.

Edik Mardapa bertolak dari rumahnya di Perum Bumi Citra Lestari ke rumah keluarganya di di Daerah Kulon Progo, Jogjakarta.

Tambahnya, dia melakukan perjalanan selama empat hari sebelum tiba di kampungnya pada 10 Mac lalu.

Difahamkan Edik bukan saja mengayuh basikal untuk pulang beraya, malah dia pernah berbuat perkara sama jika hendak pulang ke kampungnya pada hari biasa.

Katanya, dia memilih mengayuh basikal sejak tahun 2019 selepas mengalami beberapa pengalaman buruk menaiki motosikal sebelum ini.

Tambahnya, dia lebih gemar memilih basikal kerana dapat menggerakkan seluruh anggota badannya sambil menikmati panorama indah sepanjang kayuhannya.

"Ya berbasikal sememangnya penat, tetapi setibanya di lokasi yang ditujui perasaan gembira dapat mengubah semua kepenatan itu," katanya ketika ditemui wartawan di rumahnya.

Edik berkata, sebelum melakukan perjalan jauhnya, dia perlu melakukan beberapa persiapan rapi seperti mempersiapkan basikal dalam keadaan baik, membawa wang tunai secukupnya, membeli makanan dan minuman serta ubat-ubatan sekiranya berlaku kecemasan semasa berbasikal. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!