Asap kebakaran Australia kelilingi bumi

Gambar satelit menunjukkan asap tebal menuju ke Laut Tasman dari New South Wales dan Victoria pada 3 Januari lalu. - Foto Agensi
Gambar satelit menunjukkan asap tebal menuju ke Laut Tasman dari New South Wales dan Victoria pada 3 Januari lalu. - Foto Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Awan asap daripada kebakaran dahsyat Australia dijangka mengelilingi bumi dan kembali semula ke negara itu.

Perkara itu didedahkan Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) berdasarkan data daripada satelit yang memantau pergerakan asap tersebut pada atmosfera selepas ia kini menuju ke Amerika Selatan.

"Menjelang 8 Januari lalu, asap tersebut sudah mengelilingi separuh daripada bumi dan menyebabkan langit berjerebu. Ia dijangka mengelilingi seluruh bumi sebelum kembali semula ke ruang udara Australia," jelas NASA menerusi laman web mereka.

Lebih 11 juta hektar kawasan hutan dan ladang pertanian di Australia musnah sejak kebakaran dahsyat itu bermula pada September lalu.

Difahamkan, kawasan paling teruk terjejas adalah di New South Wales dan Victoria dan di sepanjang hutan pantai timur.

Asap yang menyeberangi Laut Tasman turut menyebabkan pencemaran udara teruk di beberapa bahagian di New Zealand selain menyebabkan salji di kawasan pergunungan bertukar warna coklat.

Menurut NASA, ribut tersebut dihasilkan oleh api digelar pyrocumulonimbus menyuntik sejumlah besar asap pada stratosfera yang berada lebih 16 kilometer dari permukaan bumi.

"Ia boleh bergerak sejauh ribuan batu daripada sumber asalnya apabila berada di stratosfera dan memberi kesan kepada keadaan atmosfera di seluruh dunia," ujar agensi itu lagi.

Artikel Berkaitan:

Ribut petir kering itu juga menghasilkan petir yang boleh mencetuskan kebakaran baharu. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!