[VIDEO] Farah Cie trauma, pengawal peribadi masih tak sedarkan diri
SHAH ALAM - Ahli perniagaan, Farah Cie mengakui masih trauma ekoran kejadian tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau turut berkongsi keadaan terkini pengawal peribadinya yang masih tidak sedarkan diri.
"Mohon maaf mesej bertalu tidak terbalas. Masih trauma kejadian di depan mata.
"Sekarang pengawal peribadi Farah masih tidak sedarkan diri. Sama-sama kita doakan kesembuhan Along sihat seperti sedia kala,” katanya.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, seorang lelaki bertindak nekad melepaskan tembakan kepada isterinya sebelum terkena individu lain dalam kejadian dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi.
Mangsa dipercayai mengalami kecederaan di bahagian perut dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 38 tahun itu kemudiannya melarikan diri ke utara.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!