KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
15 April 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 15 April 2024
Khairy Jamaluddin Abu Bakar menzahirkan rasa puas hati selepas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam bersetuju untuk memohon maaf dan membayar pampasan yang tidak didedahkan kepada bekas Menteri Kesihatan itu.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Hakim, Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan.
Khairy berkata demikian ketika ditemui di luar mahkamah selepas prosiding di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin.
Bagaimanapun Datuk Lokman tidak hadir dan hanya diwakili peguamnya, Logen Eskander.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #KhairyJamaluddin #SamanFitnah #BayarPampasan