Rumah terbuka Pas Kelantan, beraya sambil menderma pada Palestin

Wan Roslan (tengah) bersama kepimpinan Pas Kelantan megajak rakyat Kelantan hadir ke rumah terbuka Aidilfitri pada Khamis ini di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Wan Roslan (tengah) bersama kepimpinan Pas Kelantan megajak rakyat Kelantan hadir ke rumah terbuka Aidilfitri pada Khamis ini di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU - Pas Kelantan akan mengadakan rumah terbuka Aidilfitri pada Khamis ini sambil mengumpul derma kepada rakyat Palestin yang sedang berdepan dengan peperangan.

Majlis yang akan diadakan bermula jam 10.30 pagi hingga 1.30 tengah hari di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV itu dijangka dihadiri lebih 50,000 pengunjung.

Setiausaha Pas, Wan Roslan Wan Hamat berkata, sambutan kali ini bukan sekadar untuk meraikan Aidilfitri tetapi memupuk rasa kasih serta prihatin rakyat Kelantan terhadap Palestin.

"Dengan cara ini di samping kita bergembira, mereka di sana (Palestin) tetap dalam ingatan.

"Sepanjang majlis berlangsung kami akan edarkan tabung kutipan derma untuk memudahkan pengunjung membuat sumbangan. Sumbangan ini bertujuan membolehkan mereka menikmati Aidilfitri," katanya semasa sidang akhbar di Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Isnin.

Mengulas mengenai sambutan rumah terbuka Pas Kelantan, Wan Roslan memberitahu, terdapat 36 gerai yang menyediakan pelbagai jenis makanan untuk pengunjung.

Ujarnya, sambutan yang bertemakan Tahun Melawat Kelantan 2024 itu turut dimeriahkan dengan beberapa acara menarik seperti pertandingan teh tarik, pulut hijau, gerai cantik serta cabutan bertuah berupa motosikal elektrik.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!