Suspek tembak di KLIA berjaya diberkas

Razarudin
Razarudin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Selepas melarikan diri lebih daripada 24 jam, akhirnya suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang berjaya diberkas polis, pada Isnin.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

"Suspek baru ditangkap di Kota Bharu, Kelantan pada jam 3 petang tadi," katanya kepada Sinar Harian.

Pada Ahad, suspek Hafizul Harawi, 38, telah melepaskan dua das tembakan dengan menyasarkan isterinya yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah.

Bagaimanapun, satu tembakan jarak dekat itu telah tersasar, manakala satu lagi das mengenai pengawal peribadi isteri suspek dan dilaporkan parah.

Susulan itu, suspek terus melarikan diri menaiki kereta jenis Honda City.

Siasatan polis mendapati kejadian bermotifkan perihal peribadi membabitkan suspek dan isterinya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

@sinarharianonline

Suspek tembak di KLIA berjaya diberkas #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Jenayah #KLIA #Polis #Tembak

Earned It (Fifty Shades Of Grey) - A Tribute to The Weeknd - Saxtribution

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!