KKM arah hentikan jualan 'Kingu Ginseng Candy'

Sebelum ini Agensi Makanan Singapura (SFA) menasihatkan pengguna supaya tidak membeli atau mengambil gula-gula 'Kingu Ginseng Candy' kerana ia didapati mengandungi tadalafil. Foto SFA
Sebelum ini Agensi Makanan Singapura (SFA) menasihatkan pengguna supaya tidak membeli atau mengambil gula-gula 'Kingu Ginseng Candy' kerana ia didapati mengandungi tadalafil. Foto SFA
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta mana-mana peniaga termasuk peniaga dalam talian yang mempunyai stok produk gula-gula 'Kingu Ginseng Candy' untuk menghentikan serta-merta penjualan produk tersebut.

Menerusi satu kenyataan, KKM juga menggesa kepada semua pengendali platform e-dagang dan media sosial supaya menghentikan penyiaran kandungan iklan makanan tersebut secepat mungkin.

"Orang ramai yang sedang menggunakan produk ini pula perlu menghentikan penggunaan dan mendapatkan nasihat serta rawatan daripada ahli profesional kesihatan," katanya pada Isnin.

Ia susulan siasatan yang dilakukan oleh KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) mendapati label produk tersebut tidak mematuhi kehendak-kehendak pelabelan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 iaitu tiada nama dan alamat pengilang, pembungkus, pengedar, empunya hak untuk mengilang, pengimport.

"Siasatan juga mendapati produk ini dijual secara dalam talian di platform Lazada. Sehubungan itu, pihak Lazada telah diarahkan untuk memadam kandungan iklan dan penjualan produk tersebut serta-merta," katanya.

Terdahulu, Agensi Makanan Singapura (SFA) menasihatkan pengguna supaya tidak membeli atau mengambil gula-gula 'Kingu Ginseng Candy' kerana ia didapati mengandungi tadalafil, ubat preskripsi yang digunakan bagi merawat lemah tenaga batin.

Dalam pada itu, KKM juga memaklumkan bahawa status keselamatan produk-produk di pasaran termasuk produk makanan yang disyaki diaduk dengan racun berjadual termasuk tadalafil sentiasa dipantau dari semasa ke semasa.

Jelas KKM lagi, sejak 2018 sehingga kini, daripada 1,575 sampel produk yang telah diambil kerana disyaki mengandungi racun berjadual, 32 sampel (2.03 peratus) didapati mengandungi racun berjadual yang tidak dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Artikel Berkaitan:

"Tindakan penguatkuasaan telah diambil ke atas syarikat dan produk terlibat. Menurut Seksyen 13, Akta Makanan 1983, mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan.

"Apabila disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

KKM arah hentikan jualan 'Kingu Ginseng Candy' #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #KKM #GulaGula #Kingu #Makanan

Earned It (Fifty Shades Of Grey) - A Tribute to The Weeknd - Saxtribution

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!