Suspek tembak di KLIA ditahan bersama pistol

Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 KLIA ditahan bersama pistol di hadapan sebuah hospital swasta di Jalan Bayam, Kota Bharu pada Isnin.
Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 KLIA ditahan bersama pistol di hadapan sebuah hospital swasta di Jalan Bayam, Kota Bharu pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditahan bersama pistol di hadapan sebuah hospital swasta di Jalan Bayam di sini pada Isnin.

Suspek, Hafizul Hawari, 38, ditahan di lokasi yang hanya beberapa meter dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada jam 3 petang.

Sumber berkata, suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan.

"Ketika ditahan berlaku pergelutan dan suspek seorang diri.

"Polis turut merampas sepucuk pistol daripada suspek," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan selepas melarikan diri lebih daripada 24 jam, akhirnya suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA, Sepang berjaya diberkas polis, pada Isnin.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang memaklumkan suspek ditangkap di Kota Bharu, Kelantan pada jam 3 petang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!