Lagu raya Malaysia hangat di Indonesia

Lagu terbaharu dari Nabila iaitu Raya Mana antara yang popular di Indonesia.
Lagu terbaharu dari Nabila iaitu Raya Mana antara yang popular di Indonesia.
A
A
A

KEHANGATAN sambutan Syawal masih dirasai dan lagu raya masih lagi menjadi pilihan ramai untuk didengari.

Namun lagu-lagu raya baik lama mahupun baharu bukan hanya dimainkan di stesen radio tempatan, tetapi turut berkumandang sehingga ke Padang, Indonesia.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang lelaki bernama Maulana Titin, mendedahkan lagu raya baik dari zaman Tan Sri P Ramlee sehingga yang terkini nyanyian Nabila Razali, Hael Husaini dan Iman Troye cukup diminati oleh warga Indonesia.

Maulana Titin mendedahkan lagu raya Malaysia baik dari zaman Tan Sri P Ramlee sehingga yang terkini nyanyian Nabila Razali, Hael Husaini dan Iman Troye cukup diminati oleh warga Indonesia.
Maulana Titin mendedahkan lagu raya Malaysia baik dari zaman Tan Sri P Ramlee sehingga yang terkini nyanyian Nabila Razali, Hael Husaini dan Iman Troye cukup diminati oleh warga Indonesia.

"Hari ini saya belajar, orang Indonesia memang paling suka lagu raya Malaysia. Sama ada zaman P Ramlee atau zaman (Datuk Seri) Siti Nurhaliza atau zaman sekarang," tulisnya pada ruangan kapsyen.

Menerusi video yang dimuat naik, dapat didengari jelas lagu terbaharu dari Nabila iaitu Raya Mana? diikuti lagu Bersyukur Seadanya (Hael) dan Pejam Celik Hari Raya (Iman) ketika Maulana sedang menikmati makanan di sebuah kedai di Padang.

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata berpendapat komposer Malaysia handal dalam penghasilan lagu raya manakala komposer di Indonesia hebat menghasilkan lagu ketuhanan dan bersesuaian pada bulan Ramadan.

"Malaysia memang juara buat lagu hari Raya," tulis seorang pelayar.

Artikel Berkaitan:

"Lagu Ramadan Indonesia menusuk jiwa, Malaysia kurang lagu Ramadan, tapi meriah lagu raya. Tak apa, kongsi sahajalah," ujar salah seorang pengikut.

Sebelum ini, lagu raya nyanyian Aisha Retno and Aziz Harun berjudul Ketipak Ketipung Raya turut tular di Indonesia.

Malah ia berkenaan turut dijadikan lagu latar dalam video hantaran di media sosial oleh selebriti di sana seperti Luna Maya dan Dian Sastrowardoyo.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!