'KDN FC sudah lengkap'

Rozi (belakang) bersama tiga pemain import iaitu (dari kiri) Valdumar Augusto (Guinea), David Ribera Viana (Bolivia) dan Ghadrack Lukombe Muzungu (Congo).
Rozi (belakang) bersama tiga pemain import iaitu (dari kiri) Valdumar Augusto (Guinea), David Ribera Viana (Bolivia) dan Ghadrack Lukombe Muzungu (Congo).
A
A
A

PRESIDEN Kelab Bola Sepak Kelantan Darul Naim (KDN FC), Rozi Muhamad mengesahkan pasukan itu sudah melengkapkan senarai 25 pemain bagi mengharungi saingan Liga Super musim ini.

Beliau berkata, perkara tersebut membolehkan pasukan itu memberikan tumpuan penuh kepada rangka persiapan sebelum saingan Liga Super bermula secara rasmi.

"Dengan kemasukan tiga lagi pemain iaitu Valdumar Augusto (Guinea), David Ribera Viana (Bolivia) dan Ghadrack Lukombe Muzungu (Congo) secara rasminya KDN FC telah melengkapkan keseluruhan pasukan.

"Sebelum ini, kita telah membawa masuk Oday Kharoub (Palestin) dan Michal Jerabek (Republik Czech) serta empat dari Korea untuk memperkemaskan pasukan," katanya.

Menurut beliau, kesemua barisan pemain import yang dibawa masuk itu mampu menghadirkan impak positif dalam memperkasakan pasukan sekali gus memberi saingan kepada pasukan lain.

Ujarnya, beberapa perlawanan pramusim sudah diatur termasuk aksi antarabangsa menentang Pattani FC pada Rabu diikuti pasukan Liga Super.

Dalam pada itu, Rozi memberitahu, musim ini KDN FC akan dilatih oleh pengendali dari Korea Selatan.

Katanya, status pengendali itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!