Jambatan Saloma Link

No Image Caption
A
A
A
Kerja-kerja akhir di jambatan pejalan kaki Saloma Link akan menjadi tarikan utama pelancong di Kampung Baru tidak lama lagi sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020).

Simbol ikonik baharu ibu negara itu dibina berhampiran Stesen LRT Kampung Baru merentasi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), menghubungkannya dengan Jalan Saloma yang terletak di sisi bangunan Menara Public Bank berhadapan Jalan Ampang, tidak jauh dari KLCC.

Pengguna terutama pelancong berpeluang mengambil gambar berlatarkan KLCC di dua kawasan bergambar yang disediakan di jambatan sepanjang 370 meter itu.

Ia lengkap dihiasi sistem pencahayaan canggih yang akan menonjolkan keunikan jambatan ini pada waktu malam, sama seperti Bridge of Peace di Tbilisi, Georgia namun kelainan konsep seni binanya diinspirasikan 'Sirih Junjung' yang sangat sinonim dengan adat resam budaya Melayu.- Foto Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Teater muzikal Sudirmania

No Image Caption
GALERI

Nelayan Ikan Belanak

No Image Caption
GALERI

Replika Rumah Johor

No Image Caption
GALERI

Festival LAMPU 2024