Sanusi nafi berpoligami
SIK - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan dakwaan beliau berkahwin lain seperti yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini.
Dalam masa sama, beliau menjelaskan belum berhasrat berbuat demikian, namun tidak menolak kemungkinan sekiranya bertemu jodoh dengan mana-mana wanita.
"Belum lagi... mana tahu kalau ada jodoh, kalau jodoh apa salahnya, orang Sik ka.. orang Alor Setar," jelasnya dalam nada berseloroh.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan benih padi huma di Kampung Radik, Chepir di sini, pada Selasa.
Sebelum ini tular di media sosial mengenai dakwaan Muhammad Sanusi sudah berkahwin lain.
Muhammad Sanusi turut memuat naik status di Facebook beliau beberapa hari lalu mengenai saranan berkahwin pada bulan Syawal dengan kapsyen bertulis 'Dok Pahang'.
Status itu mendapat ribuan reaksi serta komen pengikutnya di media sosial itu.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!