Lagi 10 peratus dana diperlukan KDA FC, lunas tunggakan gaji 2023

Mohd Daud (kanan) bersama pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Shahrul Shamsudin menunjukkan jersi Kedah bagi pramusim 2024-2025.
Mohd Daud (kanan) bersama pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Shahrul Shamsudin menunjukkan jersi Kedah bagi pramusim 2024-2025.
A
A
A

KEDAH Darul Aman (KDA) FC telah berjaya mengumpul dana sebanyak 90 peratus bagi tujuan melunaskan baki hutang gaji musim 2023 yang tertunggak setakat ini bagi tujuan pelesenan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Pemilik majoritinya, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, pihaknya akan berusaha untuk mencari baki 10 peratus lagi dana sebelum tarikh akhir yang ditetapkan oleh FIB pada 20 April Ini.

Menurutnya, para penyokong setia Sang Kenari boleh terlibat sama dalam tempoh beberapa hari Ini bagi membantu pasukan itu kekal beraksi pada saingan Liga Super 2024-2025.

"Sehingga jam 3 petang ini, KDA FC telah berjaya mengumpul dana sebanyak 90 peratus bagi tujuan melunaskan baki peratus hutang gaji yang tertunggak bagi tujuan perlesenan MFL.

"Di kesempatan ini, kami memohon bantuan peminat dan penyokong untuk bersama-sama membantu melengkapkan jumlah kewangan yang diperlukan sebelum 20 April melalui skim-skim yang akan ditawarkan seperti penjualan pas bermusim, kad keahlian, jersi pramusim dan seumpamanya," katanya pada Selasa.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KDA FC di bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), di sini.

Mohd Daud berkata lagi, baki dana 10 peratus itu mampu dicari berdasarkan komitmen yang ditunjukkan oleh penyokong-penyokong Sang Kenari yang dilihat turut mahu menyumbang kepada pasukan.

"Ada ramai penyokong yang mahu tolong, jadi kita buka ruang kepada mereka untuk isi kelompongan itu tetapi sekiranya jumlah itu gagal dicapai menjelang 20 April ini, kita ada gunakan pelan b, c, d dan seterusnya.

Artikel Berkaitan:

"Ada lebih 20,000 penyokong KDA FC, sekiranya setiap daripada mereka membeli produk-produk kita itu sudah pastinya dapat membantu kewangan kelab.

"Kalau penyokong mahu lihat KDA FC lebih maju, bantu dan sokonglah semua usaha kami," ujarnya lagi.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!