[VIDEO] Penduduk Cina gembira dapat bantu orang Melayu pulang ke ibu kota

A
A
A

TELUK INTAN - 'Kami sangat senang hati dapat tolong semua' demikian reaksi Lee Weng Foong, 52, selepas menerima pujian masyarakat seluruh negara.

Dia merupakan salah seorang daripada kumpulan penduduk di Kampung Baru Palawan dekat Langkap di sini, yang membantu membuka jalan baharu bagi memudahkan orang Melayu balik semula ke ibu kota, Sabtu lalu.

Menurut Weng Foong, dia tidak menyangka usaha kecil penduduk kampungnya itu mendapat perhatian di media sosial.

"Terkejut juga apabila video kami tular dan rasa terharu menerima pujian ketika membaca komen positif netizen yang menghargai usaha kami itu.

Weng Foong menunjukkan jalan yang diratakan bagi memudahkan pengguna jalan raya melalui jalan pintas di kampungnya.
Weng Foong menunjukkan jalan yang diratakan bagi memudahkan pengguna jalan raya melalui jalan pintas di kampungnya.

"Terima kasih atas penghargaan itu, kami hanya membantu sekadar yang boleh asalkan mereka dapat pulang dengan selamat. Itu yang lebih penting," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini pada Selasa.

Penduduk, Chung Kok Keong, 53, berkata, jalan ladang kelapa sawit itu menjadi jalan alternatif bagi mengelak kesesakan sejak beberapa tahun lalu.

Kok Keong
Kok Keong

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, kampungnya terletak antara jalan utama yang menghubungkan Chui Chak ke Bidor dan Kuala Bikam.

"Jadi jalan ladang sejauh tiga kilometer ini memang sudah menjadi jalan pintas buat pengguna jalan raya yang mahu mengelak kesesakan lalu lintas setiap kali musim perayaan.

"Cuma malam itu pelik sedikit apabila banyak kenderaan berpatah balik. Kami tahan sebuah kereta dan baru tahu rupanya ada jalan berbukit serta rosak teruk yang tidak boleh dilalui," katanya.

Menurut Kok Keong, dia bersama beberapa penduduk lain sepakat mahu membantu meratakan jalan tersebut bagi memudahkan pengguna jalan raya meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.

"Jadi kami menghubungi rakan yang mempunyai jengkaut yang sudi bantu meratakan jalan tersebut agar semua kenderaan boleh melepasinya.

"Kami hanya fikir untuk bantu mereka balik kerana kerja-kerja meratakan jalan itu sekejap saja, tidak sampai 10 minit dan malam itu berpuluh-puluh kereta dapat melepasi laluan itu," katanya.

Kumpulan penduduk Kampung Baru Palawan, Langkap gambira dapat membantu puluhan kereta melalui jalan ladang kelapa sawit ketika mahu pulang selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, Sabtu lalu.
Kumpulan penduduk Kampung Baru Palawan, Langkap gambira dapat membantu puluhan kereta melalui jalan ladang kelapa sawit ketika mahu pulang selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, Sabtu lalu.

Media melaporkan seorang pengguna media sosial melahirkan rasa terharu dengan sikap penduduk Cina di Daerah Ladang Bikam, Perak, yang membuka jalan baharu dengan jentolak semata-mata untuk memudahkan orang Melayu balik semula ke ibu kota selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Videonya milik Zairul Annuar menggunakan 'jalan tikus' ketika menuju ke Kuala Lumpur pada Syawal ke-4 itu tular di media sosial sejak Ahad.

Dia melahirkan rasa kagum dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh penduduk Cina di kawasan berkenaan ketika melalui kawasan ladang kelapa sawit yang gelap itu.

Penduduk menunjukkan laluan yang telah diratakan pada malam Sabtu lalu, yang digunakan sebagai jalan pintas untuk orang ramai pulang ke ibu kota.
Penduduk menunjukkan laluan yang telah diratakan pada malam Sabtu lalu, yang digunakan sebagai jalan pintas untuk orang ramai pulang ke ibu kota.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!