MITI rangka Pelan Strategik Semikonduktor

Anwar mempengerusikan mesyuarat MPN pada Selasa.
Anwar mempengerusikan mesyuarat MPN pada Selasa.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan merangka Pelan Strategik Semikonduktor secara menyeluruh bagi memastikan Malaysia terus kekal sebagai destinasi pelaburan terpilih bagi industri strategik ini.

Perkara itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa.

Menerusi hantaran di laman sosial, Anwar berkata, langkah itu penting bagi menarik minat pelbagai syarikat semikonduktor antarabangsa untuk menubuhkan fasiliti pembuatan semikonduktor berkualiti tinggi di dalam negara ini.

"Pelan Strategik ini akan turut meliputi pakej insentif yang lebih menarik bagi mempertingkatkan kemasukan pelaburan strategik dalam semikonduktor berteknologi tinggi, khususnya bagi menggalakkan lebih banyak aktiviti front-end dalam industri semikonduktor di Malaysia," katanya.

Menurut beliau, mesyuarat juga telah meneliti cadangan pembangunan Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) dan bersetuju ia dilaksanakan secara usaha sama oleh syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan (GLIC) dengan kerjasama Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Perak.

"Ini merupakan titik tolak kepada usaha Kerajaan Madani untuk mempercepatkan pembangunan KIGIP yang dilihat sebagai salah satu pemangkin utama bagi menarik pelaburan hijau ke dalam negara sementelahan pengoperasiaan KIGIP akan dijana sepenuhnya dengan Tenaga Boleh Baharu (TBB) selaras dengan aspirasi negara ke arah mencapai neutral karbon seawal 2050," jelas Anwar.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!