Hsien Loong akan dilantik sebagai menteri kanan dalam Kabinet baharu - Lawrence

Hsien Loong akan kekal dalam barisan kabinet baharu sebagai menteri kanan. Gambar fail Bernama
Hsien Loong akan kekal dalam barisan kabinet baharu sebagai menteri kanan. Gambar fail Bernama
A
A
A

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong akan kekal dalam barisan kabinet baharu sebagai menteri kanan, lapor media tempatan yang memetik Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong pada Selasa.

The Straits Times melaporkan Lawrence yang akan menjalankan tugasnya sebagai Perdana Menteri Singapura menggantikan Hsien Loong pada 15 Mei, akan mengumumkan butiran kabinet baharunya dalam satu sidang media beberapa hari sebelum majlis mengangkat sumpah.

"Tidak pernah berlaku apabila berlaku peralihan kepimpinan, semua menteri yang lebih tua mengundur diri pada masa sama. Sebaliknya, mereka terus menyumbang dalam cara yang berbeza, sambil memberi ruang kepada yang lebih muda untuk meningkat naik.

"Saya akan mengguna pakai pendekatan sama apabila saya mengambil alih,” katanya kepada media, lapor akhbar itu.

Jabatan Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan semalam mengumumkan Lee akan melepaskan jawatannya pada 15 Mei bagi memberi laluan kepada Lawrence untuk menggantikannya.

Bekas Perdana Menteri, Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong juga berkhidmat sebagai menteri kanan selepas melepaskan jawatan masing-masing.

Lawrence yang juga Menteri Kewangan berkata, Kabinet baharu itu tidak akan menyaksikan perubahan besar dan menjangka kebanyakan menteri Kabinet sedia ada akan kekal dalam portfolio semasa mereka.

Bagaimanapun, Lawrence berkata, perubahan besar kemungkinan berlaku selepas pilihan raya umum dan beliau sudah mula mencari calon-calon baharu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!