Banjir kilat landa dua kampung di Shah Alam

Bomba Selangor menjalankan pemantauan di Kampung Melayu Subang, pada Selasa.
Bomba Selangor menjalankan pemantauan di Kampung Melayu Subang, pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Kampung Melayu Subang dan Kampung Kubu Gajah, dekat sini, dilanda banjir kilat akibat hujan lebat, pada Selasa.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, namun banjir di kedua-dua kawasan itu telah surut.

"Bagi kes di Jalan Jati, Kampung Melayu Subang, kita terima panggilan pada jam 4.57 petang dan kejadian tiada melibatkan pemindahan mangsa.

"Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong dikejarkan ke lokasi serta dapati banjir berlaku daripada limpahan sungai yang berhampiran dan terkini air mulai surut," katanya pada Selasa.

Ahmad Mukhlis berkata, bagi kejadian di Jalan Gajah 23, Kampung Kubu Gajah, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.44 petang sebelum sepasukan BBP Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi.

Kampung Melayu Subang dan Kampung Kubu Gajah, dekat Shah Alam dilanda banjir kilat akibat hujan lebat, pada Selasa.
Kampung Melayu Subang dan Kampung Kubu Gajah, dekat Shah Alam dilanda banjir kilat akibat hujan lebat, pada Selasa.

Tambahnya, komander operasi melaporkan banjir berlaku dianggar 0.6 meter dan paras air semakin menurun.

"Tiada pemindahan mangsa dibuat dan pemantauan terus dilaksanakan.

Artikel Berkaitan:

"Jentera FRT selain EMRS serta Toyota Hilux antara aset digunakan sepanjang operasi," jelasnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!