Kraftangan crochet

A
A
A
Nur Hafizah Hamzah, 45, melakukan kerja-kerja mengait kraftangan crochet yang ditempah pelanggannya di sebuah pondok hadapan rumahnya di Kampung Sekati, Manir hari ini.

Nur Hafizah sudah mengait lebih 20 tahun lalu dan pada awalnya mengambil keputusan mengait hanya untuk mengisi masa terluang sahaja. Siapa sangka, bidang yang diminati itu kini menjadi sumber rezeki buat ibu kepada dua anak ini.

Biarpun tidak semua orang memandang bidang mengait sebagai salah satu sumber pendapatan, dia tidak kisah asalkan kerjayanya itu mampu memberinya kebebasan masa dan ketenangan.

Dia menjual pelbagai jenis produk itu seperti kunci rantai (keychain), kopiah kanak-kanak, sarung botol air, kasut bayi, bekas tisu dan pelbagai lagi dengan bermula harga RM3 hingga RM70 mengikut jenis produk tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Peralihan Monsun Timur Laut

No Image Caption
GALERI

Eraman Mall bebas cukai

No Image Caption
GALERI

Perbarisan Tamat Kursus KPDN

No Image Caption
GALERI

Regatta Lepa Semporna Ke-29