Obor Sukan Olimpik Paris mula dibawa ke Perancis
OBOR Sukan Olimpik Paris 2024 mula dibawa ke Perancis selepas upacara tradisi menyalakannya berlangsung di Olympia, Greek, tempat di mana Sukan Olimpik bermula suatu masa dahulu, lapor Agensi Anadolu.
Kali pertama digunakan dalam Sukan Olimpik Musim Panas 1936 di Berlin, 100 pembawa obor akan membawa api itu sejauh 5,000 kilometer melalui 41 bandar selepas belayar di laut di atas kapal layar, Belem.
"Pada Paris 2024, dengan lebih dua bulan bertemasya tanpa gangguan, kita hidup dalam pengembaraan hebat bersama, di semua wilayah dengan jutaan rakyat Perancis di belakang Sukan ini,” katanya yang memetik kata-kata Tony Estanguet, Presiden Paris 2024 di lawan sesawang Olympics.com.
Kami mahu membuatkan orang bermimpi, kami mahu menunjukkan Perancis yang bersinar. Kami bertuah untuk mendapat sokongan kuat dari semua rantau,” katanya.
Larian berganti-ganti Obor Olimpik itu akan bermula di Perancis pada 8 Mei ini selepas obor yang berapi itu tiba di Marseille.
Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Paris 2024 merupakan acara terbesar yang dianjurkan di Perancis.
Sukan Olimpik itu akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!