Mbappe ketuai kebangkitan luar biasa PSG di Barcelona
PARIS Saint-Germain (PSG) membuktikan gergasi Ligue 1 Perancis itu boleh bangkit mengatasi kekalahan 2-3 kepada Barcelona pada suku akhir Liga Juara-Juara di Stadium Parc des Princes pada Khamis lalu, apabila menang 4-1 dalam perlawanan timbal balik kedua, awal pagi Rabu.
Anak buah Xavier Hernandez Creus bermula garang apabila Raphael Dias Belloli (Raphinha) melebarkan kelebihan gol tuan rumah pada minit ke-12 untuk kedudukan 4-2 secara agregat di Stadium Estadi Olímpic Lluís Companys itu.
Bagaimanapun mimpi ngeri pemenang lima kali Barcelona untuk mengimpikan kembali separuh akhir pertama sejak 2019 bermula selepas terpaksa bermain 10 pemain setelah kehilangan Ronald Araujo yang dilayangkan kad merah apabila mengasari Bradley Barcola minit ke-29.
Angkatan pelawat kendalian Luis Enrique memanfaatkanya kelebihan itu bermula dengan jaringan Ousmane Dembele (m-40) dan Vitinha (m-54) bagi mengikat agregat 4-4 sebelum Kylian Mbappe meledak penalti minit ke-61 dan m-89 untuk mengesahkan kemaraan 6-4 seterusnya menyingkirkan Barcelona yang kali terakhir memenangi trofi itu pada 2015.
"Anda tahu di pentas Eropah bermain dengan 10, anda akan menderita.....
"Kami mencuba dan berjuang untuk berada di separuh akhir, ia satu tamparan setelah kami yakin boleh melepasinya, namun sebaliknya," kata pemain tengah Barcelona, Frenkie de Jong.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!