Rumah kedai diserbu, 26 warga asing ditahan

Warga asing yang ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen di sekitar Johor Bahru. - Foto JIM Johor
Warga asing yang ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen di sekitar Johor Bahru. - Foto JIM Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 26 warga asing ditahan kerana disyaki tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dalam serbuan di premis rumah kedai di sekitar bandar raya ini pada Selasa.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor, Baharuddin Tahir berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 23 lelaki warga Bangladesh, dua warga India dan seorang warga Indonesia berusia antara 21 hingga 49 tahun.

"Sepasukan pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan JIM Johor membuat serbuan di 15 premis rumah kedai, pada tengah malam Selasa.

Antara warga asing yang ditahan kerana disyaki tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
Antara warga asing yang ditahan kerana disyaki tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

"Tindakan diambil susulan maklumat awam yang diterima menyatakan terdapat sejumlah warganegara asing tidak memiliki pas atau permit yang sah di lokasi hotspot tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut Baharuddin, dalam operasi itu seramai 115 warga asing telah diperiksa dan 26 daripada mereka ditahan.

"Kesemua mereka yang ditahan dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia dan Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih masa," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Serbuan yang dilakukan di premis rumah kedai sekitar bandar raya Johor Bahru pada tengah malam Selasa.
Serbuan yang dilakukan di premis rumah kedai sekitar bandar raya Johor Bahru pada tengah malam Selasa.

Tegas beliau, JIM Johor akan terus mempergiatkan lagi usaha penguatkuasaan dan pemeriksaan di lokasi-lokasi panas bagi membanteras isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI).

"PATI turut diseru untuk menyertai Program Repatriasi Migran yang telah bermula 1 Mac sehingga 31 Disember tahun ini, bagi membenarkan PATI pulang ke negara asal secara sukarela," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!