Jumlah mangsa banjir dijangka bertambah jika cuaca buruk

Keadaan di PPS SK Merbau Sempak.
Keadaan di PPS SK Merbau Sempak.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Jumlah mangsa banjir di sekitar Sungai Buloh dijangka bertambah sekiranya keadaan hujan berterusan melanda beberapa kawasan kampung di Parlimen berkenaan.

Pegawai Daerah Petaling, Rahilah Rahmat berkata, sehingga jam 8 pagi, terdapat 77 keluarga melibatkan 334 mangsa banjir dari tiga kampung dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

"Kita jangkakan ada lagi mangsa berpindah masuk ke PPS bergantung kepada keadaan cuaca dan ketika ini masih lagi hujan namun tidak lebat seperti malam tadi," katanya pada Rabu.

Rahilah
Rahilah

Beliau yang ditemui Sinar Harian di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Merbau Sempak berkata, keadaan di PPS tersebut terkawal dan semua keperluan mangsa disediakan bermula sejak malam tadi.

"Dari segi keperluan kepada mangsa banjir, pihak berkuasa tempatan dan semua agensi terlibat termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa.

"Sekiranya ada pertambahan mangsa kita akan buka PPS yang berdekatan iaitu di SK Sungai Pelong dan dari segi keperluan kita sudah menyediakan semua keperluan di PPS," katanya.

Pada Selasa, hujan lebat lebih sejam menyebabkan beberapa kawasan di Sungai Buloh dan Kampung Melayu Subang dilanda banjir kilat.

Artikel Berkaitan:

Semua keperluan mangsa banjir disediakan bermula sejak malam tadi.
Semua keperluan mangsa banjir disediakan bermula sejak malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar dilaporkan berkata, pihaknya menerima dua panggilan kecemasan berhubung kejadian banjir, iaitu pertama di Jalan Jati, Kampung Melayu Subang jam 4.47 petang pada Selasa.

Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong bersama dua jentera serta sebuah bot dikejarkan ke lokasi.

"Kami dimaklumkan banjir berlaku akibat limpahan air sungai berhampiran, namun tiada pemindahan mangsa dilakukan," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya turut menerima satu lagi panggilan kecemasan berkaitan banjir di Jalan Gajah 23, Kampung Kubu Gajah jam 5.44 petang pada Selasa.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!