Bolehkah niat puasa sunat selepas azan Subuh?

JIKA terbangun lambat sesudah azan Subuh, dibolehkan untuk terus niat berpuasa sunat walaupun tidak bersahur.
JIKA terbangun lambat sesudah azan Subuh, dibolehkan untuk terus niat berpuasa sunat walaupun tidak bersahur.
A
A
A

PUASA enam atau puasa sunat enam hari pada bulan Syawal merupakan antara amalan sunat yang diwajibkan ke atas diri sendiri bagi sesetengah umat Islam terutamanya golongan yang mengetahui ganjaran yang besar menanti mereka.

Bagi mereka yang mengamalkan puasa sunat sama ada puasa enam, Isnin dan Khamis dan Hari Putih, persediaan sudah tentunya dibuat dengan rapi termasuk niat awal pada malamnya dan bersahur sama seperti puasa Ramadan.

Bagaimanapun, bagi segelintir yang baru berjinak-jinak dengan puasa sunat ini, ada ketikanya terlambat bangun sesudah azan Subuh.

Ada juga yang lain, sesudah bangun pagi baru terfikir hendak berpuasa sunat.

Jadi timbul persoalan, bolehkah terus niat berpuasa walaupun waktu Subuh telah tamat? Bilakah waktu akhir yang dibolehkan untuk berniat puasa sunat?

Pendakwah, Ustazah Asma’ Harun menjelaskan, setiap perbuatan itu wajib didahului dengan niat terlebih dahulu, termasuk ibadah puasa sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan Sayidina Umar Al-Khattab.

USTAZAH ASMA'
USTAZAH ASMA'

Artikel Berkaitan:

“Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat”.

“Setiap perkara wajib didahului dengan niat terlebih dahulu sama ada ia dilafazkan atau tidak. Bahkan melafazkan niat adalah perkara sunat,” jelasnya.

Menurutnya, disebutkan dalam kitab al-Muqaddimah al-Hadramiah bahawa rukun puasa yang pertama adalah niat bagi setiap hari puasa.

“Diwajibkan untuk berniat pada waktu malam bagi puasa fardu dan tidak bagi puasa sunat.

“Sah niat tersebut (puasa sunat) jika diniatkan sebelum tergelincir matahari (waktu Zohor),” katanya dalam media sosial Facebook miliknya.

WAKTU akhir untuk berniat puasa sunat adalah sebelum tergelincir matahari atau waktu Zohor.
WAKTU akhir untuk berniat puasa sunat adalah sebelum tergelincir matahari atau waktu Zohor.

Jelasnya lagi, diwajibkan untuk berniat bagi puasa fardu pada waktu malam, namun bagi orang berpuasa sunat perlu patuhi dua perkara:

1 – Dibenarkan untuk berniat pada siang hari sebelum tergelincir matahari.

2 - Tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa sebelum itu.

“Hal ini kerana terdapat (hadis) riwayat Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bertanya kepadanya pada suatu hari di dalam waktu Dhuha:

“Apakah kamu mempunyai sesuatu (untuk dimakan)? Aku (Aisyah) menjawab: Tidak ada. Maka Baginda bersabda: Kalau begitu aku berpuasa.” (Hadis Riwayat Muslim)

Menurut Asma’, secara mudah difahaminya adalah:

1 – Puasa enam adalah amalan sunat yang sangat dituntut untuk dilakukan sehingga ganjarannya sama seperti berpuasa selam setahun.

BERSAHURLAH walau dengan seteguk air kerana ada keberkatannya.
BERSAHURLAH walau dengan seteguk air kerana ada keberkatannya.

2 – Sahur adalah perkara sunat dan bukan satu kewajipan. Sekiranya berpuasa tanpa sahur, puasa tetap sah. Akan tetapi lebih baik bersahur walau dengan seteguk air.

3 – Sah puasa sunat sekiranya terkewat niat, namun ia mestilah dinalakukan sebelum masuk waktu Zohor.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!