Nelayan, penduduk tangkap buaya tembaga

Buaya tembaga seberat 500kg berjaya ditangkap di Pantai Siring, Kampung Pulai di sini, pada Rabu. Pasukan bomba memeriksa reptilia yang ditangkap.
Buaya tembaga seberat 500kg berjaya ditangkap di Pantai Siring, Kampung Pulai di sini, pada Rabu. Pasukan bomba memeriksa reptilia yang ditangkap.
A
A
A

JASIN - [DIKEMAS KINI] Sekumpulan nelayan dan penduduk berjaya menangkap seekor buaya tembaga seberat 500 kilogram (kg) di Pantai Siring, Kampung Pulai di sini pada Rabu.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi, reptilia sepanjang lima meter itu dipercayai berkeliaran berdekatan pantai berkenaan sebelum berjaya ditangkap.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Mohd Suffian Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kehadiran reptilia itu pada jam 12.06 tengah hari sebelum tujuh anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian.

"Setiba pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati benar seekor buaya tembaga sepanjang lima meter berada di pantai.

"Buaya itu ditangkap oleh nelayan dan operasi terkawal," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

Tambahnya, pasukan bomba telah berhubung dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berkaitan penangkapan tersebut dan sedang berbincang mengenai pengangkutan bagi membawa haiwan tersebut ke pusat konservasi.

Sebelum ini, tular beberapa video di media sosial berkaitan kejadian itu yang memaparkan sang bedal ditambat menggunakan tali di pesisir pantai dipercayai bagi menunggu tindakan lanjut daripada pihak Perhilitan.

Malah terdapat juga beberapa klip video menunjukkan haiwan itu berkeliaran berdekatan pantai terbabit.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!