Lelaki 91 tahun maut terjatuh dari tingkat 13

Mayat seorang lelaki ditemukan tidak sempurna dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah rumah pangsa di Ipoh. Foto ihsan pembaca, gambar kecil: Abang Zainal Abidin
Mayat seorang lelaki ditemukan tidak sempurna dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah rumah pangsa di Ipoh. Foto ihsan pembaca, gambar kecil: Abang Zainal Abidin
A
A
A

IPOH - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki warga emas berusia 91 tahun ditemukan meninggal dunia dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah rumah pangsa di Persiaran Bijih Timah di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, maklumat kejadian itu diterima daripada orang awam sekitar jam 8.20 pagi.

"Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mayat mangsa merupakan warga tempatan ditemukan oleh pengawal keselamatan dalam keadaan tidak sempurna.

"Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat 13 dan pemeriksaan pada tubuhnya bagaimanapun tidak menjumpai sebarang unsur jenayah," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut beliau, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes tersebut boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Mohd Sahran Termizi di talian 019-4444515 bagi membantu siasatan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!