Penunggang, pembonceng maut gagal patuhi lampu isyarat

Penunggang dan pembonceng motosikal maut selepas terlibat nahas dengan kereta di Ipoh. Foto ihsan pembaca
Penunggang dan pembonceng motosikal maut selepas terlibat nahas dengan kereta di Ipoh. Foto ihsan pembaca
A
A
A

IPOH - Dua remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Azlan Shah di sini pada Selasa.

Dalam kejadian pada jam10.38 malam itu, penunggang motosikal bersama pembonceng masing-masing berusia 17 dan 18 tahun disahkan maut di tempat kejadian akibat parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, siasatan mendapati motosikal dinaiki mangsa dipercayai gagal mematuhi lampu isyarat.

Abang Zainal Abidin
Abang Zainal Abidin

"Motosikal yang ditunggang dari arah Chemor itu telah bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.

"Akibat pelanggaran itu kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta iaitu lelaki berusia 30 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Menurut beliau, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

Artikel Berkaitan:

"Polis meminta saksi kejadian diminta tampil dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Jong Pit Chiao di talian 016-8849163 bagi membantu siasatan," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!