'Bagus akhirnya Haqiem Rusli dah sedar'

Haqiem Rusli
Haqiem Rusli
A
A
A

PENYANYI, Haqiem Rusli memuat naik status di Twitter miliknya berkata dia berasa seronok apabila tidak melayan haters.

Menurut penyanyi popular menerusi lagu Selamat Tinggal Sayang itu dalam masa sama menyifatkan golongan yang tidak suka dengan dirinya adalah budak-budak.

"Rasa best bila tak layan haters ni. Terasa macam dia orang syok sendiri Tweet tanpa dibalas.

"Mungkin kiddo, ops... jangan marah gurau je!," luah Haqiem.

hr
hr

Dalam perkongsian sama, peminat dan pengikutnya rata-rata sebulat suara memberitahu Haqiem sedari dulu lagi seharusnya mengambil pendekatan sebegini, bukan melayan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Rampas mikrofon: Haqiem Rusli dikecam lagi]

"Baguslah akhirnya Haqiem dah sedar. Tak perlu buang masa layan mereka yang tak memberi manfaat dan kebaikan.

"Doakan sahaja supaya dia orang dapat hidayah dan kebahagiaan hidup.

Artikel Berkaitan:

"Haqiem buat relaks je, abaikan mereka, tak membantu apa pun," tulis pengikutnya di Twitter.

"Buat relaks, tenang dan aman. Hati senang dan dan fikiran pun tenang, sabar itu indah," balas komen salah seorang pengguna.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!